Pecinta Kucing Jer Faham, Kucing Kesayangan Pergi Selamanya, Luahan Zara Zya Pula Buat Ramai Sebak

Kehilangan haiwan peliharaan yang tersayang yang telah menemani kita setiap hari sepastinya akan membuatkan kita sedih dan menangis.

Hal ini sama dengan pelakon popular Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin dimana dia telah kehilangan kucing kesayangannya, Gabby baru baru ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @nadia_nanad02, dimana Zara melalui siaran langsungnya memberikan khabar sedih tersebut.

Menurut Zara, Gabby telah dibelanya sejak kecil lagi dan sentiasa menemaninya ketika berada di rumah dan melakukan kerja rumah.

“Kucing pertama saya, Gabby, mati hari ini (semalam). Saya beli masa kecil, Gabby selalu teman saya tidur, makan, kadang – kadang Gabby tak nak makan kalau saya tak teman dia. Manja sangat.

“Sampaikan dia gastrik tak nak makan sebab tak teman. Saya baru balik penggambaran, sampai je rumah saya terus tanam Gabby. Sekarang kucing saya ada tiga,” ujarnya.

Video:

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut bersim’pati dengan kehi’langan kucing kesayangan Zara.

Komen Netizen:

Author:

Leave a Reply