Gadis Sebak Melihat Pakcik Tua Berjalan Tengah Panas Bawa Maggi Goreng Dengan Bawang

Sebagai insan, kita memang takkan terlepas daripada melihat orang yang kurang berkemampuan. Lebih menyedihkan apabila mereka adalah golongan yang berumur.

Dalam pada usia yang senja, tahap kesihatan yang berkurangan, mereka masih terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi. Jadi tak salahlah kalau kita yang berkemampuan menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban mereka.

Persis kisah yang dikongsikan oleh Eyka Yuyun di TikTok, di mana dia telah membantu seorang warga emas secara tidak langsung menyentuh perasaan yang menonton.

Menerusi video yang dimuat naik, ketika Eyka menuju ke satu tempat, dia terserempak dengan seorang pak cik tua yang sedang jalan sendirian sambil menjinjing beg plastik.

Lelaki itu turut dilihat duduk berehat seketika di pembahagi jalan disebabkan tidak larat. Tersentuh melihat keadaan pak cik berkenaan, Eyka menjemputnya masuk ke kereta untuk dihantarkannya ke rumah.

Pak cik berkenaan kemudian perlahan-lahan melangkah dalam kereta sambil dibantu. Melihat keadaannya yang daif, Eyka bertambah, malah mula terbayang jika itu adalah ibu bapanya.

Selain itu, rupa-rupanya plastik yang dibawa warga emas itu berisi Maggi dan bawang yang mungkin baru sahaja dibeli untuk mengisi perutnya yang kosong.

Setelah selesai melunaskan bantuan untuk lelaki itu, Eyka menangis dan berharap agar dia dapat kembali membantu pak cik itu lagi.

Melihat reaksi warganet di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada gadis baik hati ini kerana sudi membantu lelaki berkenaan. Selain mendoakan kesihatan lelaki itu, mereka turut terpanggil ingin menghulurkan bantuan kepadanya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

Sumber: yoy.my

Author:

Leave a Reply