Bosan Tunggu Anak Shopping Sakan, Gelagat Mak Cik ‘Masuk Air’ Depan Kedai Buat Ramai Geli Hati

Perempuan dan shopping memang tidak dapat dipisahkan sejak azali lagi.

Kalau dapat masuk pusat beli-belah, memang boleh duduk dalam satu kedai sampai berjam-jam lamanya. Yang jadi m4ngsa kena tunggu mestilah ahli keluarga atau suami kan?

Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan gelagat seorang mak cik bersila di depan kedai dan berlakon menjadi peminta sed3kah telah mencuri tumpuan ramai.

Anak shopping lama sangat, mak give up sampai berlakon jadi peminta sed3kah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nxraly273, kelihatan mak cik itu sedang duduk di depan sebuah kedai baju sambil menunggu anaknya yang sakan shopping di dalam.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila mak cik itu tiba-tiba berlakon menjadi peminta sed3kah sambil membuat isyarat meminta air dan makanan.

Gelagatnya yang selamba bersila depan kedai itu telah mencuit hati si anak. Apabila dia tersedar anaknya sedang merakam, mak cik itu terus tergelak malu.

“Ghisau kena angkut je mak cik haha baru nak sedih” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 371K views, 39.2K likes dan 435 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan mak cik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak cik buat hal lah, nasib baik tak ada yang bagi duit betul-betul tau 😀

Sumber: says.com

Author:

Leave a Reply