Pelik apabila terdengar bunyi sesuatu dari bawah tanah, seorang lelaki nekad bertindak sendiri untuk merungkai persoalan itu.
Lelaki bernama Vadim Rustam dari Rusia itu mendakwa telah mendengar suara seperti ‘teriakan’ yang datang dari bawah lantai kaki lima yang baru saja dibaikpulih.
Kejadian itu berlaku di luar unit perumahan di bandar Voronezh, dimana pekerja pembinaan baru-baru ini membaiki dan menggantikan lantai bahagian kaki lima dengan batu bata.
Difahamkan sepanjang tempoh pembinaan, terdapat lubang terbuka selama tiga minggu sebelum lantai itu siap dibaiki sepenuhnya.
Lelaki berkenaan dan isterinya telah menghubungi pihak majlis perbandaran, namun pegawainya mengendahkannya dan enggan menghantar semula pekerja untuk turun ke lokasi bagi menyiasat perkara itu.
Bagaimanapun, lelaki itu memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri. Tanpa menghiraukan kerosakan akibat perbuatan yang dilakukannya, dia mula mencungkil beberapa batu bata dan kemudiannya menggali pasir dibawahnya dengan bantuan rakan.
Tanpa disangka, dan alangkah terkejṳtnya apabila dia menemui seekor anjing yang terperangkap di celahan tangga bawah tanah. Dia perlahan-lahan menarik anjing itu keluar dan mendapati anjing itu dalam keadaan bunting.
Vadim berkata, anjing itu mungkin memilih lubang sebagai ‘rumah dan tempat untuk melahirkan anaknya nanti. Namun, haiwan itu terperangkap setelah lubang itu ditutup tanpa disedari oleh pekerja pembinaan.
Dia juga percaya, anjing itu telah terperangkap selama kira-kira dua hari tanpa makanan atau air, tetapi masih sihat selepas diselamatkan.
Anjing yang diberi nama ‘Squirrel’ itu telah diletakkan di bawah jagaan kṳmpulan penyelamat haiwan tempatan. Anjing itu bernasib baik kerana tindakan pantas dan keprihatinan lelaki tersebut.
Video aksi penyelamatan Vadim Rustam itu telah disiarkan di laman YouTube.
Tindakan lelaki ini sudah pastinya layak mendapat pujian kerana telah menyelamatkan satu nyawa.
SUMBER: ohinfokini.com