Aok tengah down ke tu? Lantak aoklah down…Koi tak down…Koi ada pekerjaan
Seiring dengan keberkesanan penggunaan media sosial TikTok untuk menjana pendapatan melalui views, ramai orang berlumba-lumba menghasilkan video setiap hari dengan harapan akan FYP. Pun begitu, ada juga di antara mereka yang menjadi viral menerusi content suka-suka. Tanpa disangka, bilangan pengikut boleh naik mendadak sekelip mata bergantung pada tarikan yang dipaparkan.
Bagi pemilik akaun Buruh Ladang ini, dia juga menjadi salah seorang yang seakan mendapat ‘rezeki terpijak’ setelah videonya memberikan nasihat menjadi fenomena. Berseloroh menggunakan dialek Pahang, lelaki ini memberikan kata semangat kepada sesiapa yang down agar tidak terlalu mendengar cakap buruk orang.
Dah jadi macam motivator pulak, tahniah bro
KLIK VIDEO TIKTOK DISINI
Melihat semua content keseluruhan di TikToknya, lelaki ini awalnya banyak berkongsikan tentang rutin harian sebagai pekerja di kebun sawit seperti kegiatan membaja, membersihkan dan memotong pelepah sawit. Lebih menarik lagi, dia juga ada berkongsikan mengenai fakta berkaitan pokok sawit sambil bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sedar ramai suka mendengar video nasihatnya, dia benar-benar menghargainya.
Koi baru nak down, dengor abam cakak terus tersedok…Sedap ngat gaya cakaknya
Walaupun saling tidak kenal, kata-kata yang disampaikan persis gaya seorang penceramah motivasi cukup memberi kesan di jiwa ramai. Malahan content sebegitu berjaya menaikkan semula semangat mereka untuk terus kuat menjalani kehidupan.
Kredit : TikTok Buruh Ladang