Hari ini semakin ramai gol0ngan berpendapatan sederhana yang merungut harga barangan semakin meningkat dan banyak barangan keperluan tidak dapat dibeIi seperti dahulu lagi. Dan semakin ramai juga 0rang yang mengadu hidup susah sehingga terpaksa berjimat cermat.
Kehidupan menjadi bertambah perit sekiranya ketua keluarga tidak mempunyai pendapatan tetap. Hidup berjimat cermat itu memang sudah terbiasa, dan rasa kesusahan itu semakin menghimpit.
Jika kita yang berasa susah masih b0leh makan nasi dengan berlauk pauk, ada keluarga yang tidak mampu pun untuk berbuat demikian seperti keluarga ini.
Kisah sedih keluarga ini yang tinggal di Sabah membuatkan ramai yang berasa sebak. Se0rang pengguna TikTok Salwa Naidin berk0ngsi video yang tular di media s0sial memaparkan keadaan sebuah keluarga yang hanya mampu makan nasi kosong berlaukkan minyak masak dan garam sebagai alas perut.
Bayangkan hati se0rang ibu pasti sangat sedih dan pedih apabila memandang anak-anak yang masih kecil, tengah cukup berselera untuk makan dan bersek0lah pula, tetapi hanya mampu dihidangkan nasi kosong berlaukkan minyak masak dan garam sahaja.
Itulah rutin santapan anak-anak ini setiap hari sebelum pergi ke sek0lah. Tetapi apakan daya, hanya itu yang mereka mampu.
Salwa Naidin yang sebelum ini pernah mengunjungi rumah keluarga tersebut tidak menyangka keadaan mereka seteruk itu. Setiap pagi, anak-anak yang masih bersekolah rendah itu akan makan nasi kosong dengan bergaulkan minyak masak dan garam sahaja.
“Hari tu, datang semula ke rumah kakak ni. Tidak sangka sampai macam tu sekali nasib mereka sekeluarga. Yang ada rezeki lebih, sama-sama berkongsi buat mereka yang memerlukan. Boleh klik pautan di bio saya,” tulis Salwa di ruangan kapsyen video berkenaan.
Video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan netizen. Selain berasa sebak melihat mereka sekeIuarga, ramai juga yang bertanya di mana lokasi mereka tinggal.
Difahamkan keluarga ini tinggal di Sabah. Walaupun mereka hidup susah, tetapi kebersihan dan adab sopan tetap dijaga.
Sambil tidak kurang yang mendoakan keluarga ini agar dimurahkan rezeki dan tabah mengharungi dugaan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
Semoga ada pihak yang prihatin tampil bagi memberikan bantuan yang sewajarnya dan berterusan kepada keluarga ini.
Juga didoakan semoga anak-anak ini membesar menjadi insan yang berjaya satu hari nanti, supaya dapat membantu ibu mereka yang telah banyak berkorban dan bertabah mengharungi liku-liku kehidupan.
Sumber : erabaru