Setiap hari banyak kerenah haiwan seperti kucing yang dikongsikan di laman aplikasi media sosial seperti laman Instagram atau laman Tik Tok. Pelbagai cerita menarik yang membuatkan ramai yang suka menonton kerenah haiwan yang comel dan manja ini.
Terutama bila melibatkan kucing, kucing antara yang paling diminati oleh ramai penggemar haiwan peliharaan. Kucing mempunyai satu tarikan yang membuatkan ramai yang suka bermain dan memelihara sebagai hobi mereka.
Terkini, sebuah rakaman video telah dimuatnaik di laman aplikasi Tik Tok apabila seekor kucing yang sedang buat drama. Sebenarnya dia tidak mati pun tapi buat drama mati. Panjang akal betul kucing- kucing masa kini.
Video itu telah dimuatnaik dan mendapat beribu tontonan ramai yang suka melayan kerenah kucing yang macam-macam kerenah dan telatah. Pura-pura mati tapi dalam masa yang sama anak matanya bergerak-gerak. Lawak betul kucing comel yang bernama Acoi itu.
Video:
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang tergelak dengan tindakan bijak yang dilakukan oleh kucing itu iaitu pura-pura mati. Mana dia dapat idea pun tak tahu kan.
Komen Netizen:
Sumber :Tiktok norshafiqahmaryna