Patah Hati.. Kucing 2 Beradik Mati Diracun, Pemilik Kering Air Mata Tangisi Pemergian ‘Bonnie and Clyde’

SEORANG wanita ‘patah hati’ selepas dua ekor kucingnya mati dalam masa beberapa hari antara satu sama lain selepas
diracun.

Kucing dua beradik dikenali sebagai Bonnie dan Clyde mati hanya selang beberapa hari selepas menunjukkan gejala tertelan
bahan toksik.

Dua kucing berusia 17 bulan itu mula menjadi sebahagian daripada keluarga wanita berkenaan sejak tahun lalu.
Pemilik Michelle Young, dari Prestatyn di Wales, berkata mereka sekeluarga sedih dengan kehilangan berkenaan.

“Kami benar-benar hancur dan tidak percaya ini telah berlaku.

“Bonnie dan Clyde adalah adik beradik dan merupakan sebahagian daripada keluarga kami.

“Kami juga kehilangan seekor kucing tahun lalu kerana perkara yang sama dan dia baru berusia enam bulan. Kami patah
hati,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Bonnie mula tidak sihat pada Khamis lalu sebelum doktor menasihatkan agar ia ditidurkan.

Clyde kemudian jatuh sakit dan ditidurkan mengikut nasihat doktor haiwan pada hari Sabtu. – Daily Star.

Author:

Leave a Reply