Subhanallah.. Dengan Pendapatannya Hampir RM2 Juta Sebulan, Pemain Bola Ini Laburkan Sebagai Saham Akhirat

Kerjaya sebagai pemain bola sepak bertaraf antarabangsa bukan lagi sekadar pekerjaan yang biasa, tetapi menjadi impian semua orang yang cintakan sukan bola sepak. Kerjaya ini bukan sahaja dapat merealisasikan cinta terhadap sukan bola sepak, malah mampu memberikan pulangan pendapatan yang luar biasa sehingga mencecah jutaan ringgit sebulan.

Dari hasil inilah, kita boleh lihat ramai pemain-pemain bola sepak antarabangsa ini mampu memiliki kehidupan yang serba mewah, seperti yang biasa kita lihat kepada Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan ramai lagi.

Namun berbeza dengan seorang pemain bola sepak ini. Siapa tidak kenal dengan nama Sadio Mane yang dahulunya sebagai pemain bintang di kelab bola sepak berjaya Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool dan kini beliau berhijrah ke kelab bola sepak terkenal Jerman, Bayern Munich.

Dengan Pendapatannya sebanyak RM1.9 Juta Sebulan, Pemain Bola Ini Laburkan Sebagai Saham Akhirat

Jawapannya selalu sama saat ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak membeli yang baru, “aku masih boleh memperbaikinya”.

Siapa yang tidak kenal pemain bola hebat berdarah Afrika ini. Dengan pendapatan sekitar RM1.9 juta sebulan dan selalu tertangkap kamera membawa handphone yang sudah retak skrinnya.

Saat wartawan mendesak kenapa dia tidak membeli yang baru saja, dia berkata:

“Saya boleh membeli ribuan HP baru, 10 kereta Ferrari, 2 pesawat Jet, jam dan berlian, tapi apa gunanya untuk saya di dunia ini…Saya selamat dari masa-masa sulit.

“Saya membangun sekolah, stadium, kami menyediakan pakaian, kasut, makanan untuk orang-orang yang sangat miskin. Selain itu, saya memberikan 70 euro per bulan untuk semua orang di wilayah yang sangat miskin di Senegal dan menyumbang pada ekonomi keluarga mereka.”

Bermain bola sepak tanpa kasut, saya tidak memiliki pendidikan dan banyak hal lainnya, tetapi hari ini dengan apa yang saya hasilkan berkat sepak bola, saya dapat membantu orang-orang saya.”

Selain rendah hati dan sederhana, Sadio Mane dikenal seorang Muslim yang taat.

“Saya tidak perlu membeli kereta mewah, rumah mewah, perjalanan, dan bahkan pesawat. Saya lebih suka orang-orang di negara saya menerima sedikit dari apa yang telah diberikan kehidupan ini kepada saya,” tegas Sadio Mane.

Beliau berkata kepada kerumunan remaja di luar sekolah baru dan memberitahu mereka “pendidikan adalah kunci”.

“Sekolah paling utama,” katanya. “Anda harus berada dalam keadaan baik sebelum anda pergi bekerja, jadi mari kita bina dahulu hospital.”

Mane kemudian menegaskan, beliau tersentuh hati melihat keadaan di kampungnya dan menjadi motivasinya untuk bekerja lebih keras demi membantu mereka.

“Apabila anda melihat wajah-wajah mereka berada di depan rumah, anda berfikir: ‘Oh, nampaknya saya perlu bekerja lebih keras untuk mereka,” kata Mane, yang juga baru menyumbang £40,000 kepada kerajaan Senegal untuk membantu melawan koronaviirus .

Namun salah satu cerita paling menyentuh perasaan adalah, Mane menggunakan wangnya untuk membina hospital di kampungya.

Beliau pernah melihat orang yang dia sayangi meninggal dunia kerana tiada hospital, iaitu ayahnya.

Bambali adalah sebuah kawasan di wilayah Sedhiou. Berdasarkan Bank Dunia, kawasan tersebut hampir 70% isi rumah hidup dalam kemiskinan.

Ayahnya merupakan seorang imam. Dan mereka akan berkumpul membaca Al-Quran setiap tahun untuk memperingati pemergiannya.

Beberapa waktu lalu Sadio Mane tertangkap kamera sedang membersihkan toilet masjid agar selesa digunakan saat beribadah.

Muhasabah diri… adakah amal soleh & sumbangan kita kepada masyarakat selama ini membuktikan bahawa kita benar-benar tamakkan ganjaran di syurga sebagaimana saudara kita yang berakhlak mulia ini.

Tidak hairanlah kenapa kejayaan demi kejayaan telah banyak dicapai oleh Sadio Mane sepanjang kerjayanya, ini mungkin berkat dari doa masyarakat kampungnya sendiri yang mendoakan kejayaan beliau di persada bola sepak.

Sama-sama kita doakan supaya Sadio Mane menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Semoga banyak lagi beliau dapat sumbangkan pada masyarakat.

Sumber: ohinfokini

Author:

Leave a Reply