Ya Allah, Apa Dah Jadi Di Tanah Arab? Kerosakan di bumi Arab. Kembalikan Arab Yang Dulu.

Baru- barun video dan gambar sebuah pesta secara besar-besaran di Arab Saudi iaitu Riyadh Season yang telah menjadi tular di media sosial. Riyadh merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar di Kerajaan Arab Saudi. Petempatan di kawasan Riyadh telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan Islam.

Ramai agamawan memberi ulasan dan pandangan mereka tentang penganjuran Riyadh Seasons yang difahamkan melibatkan 70 konsert tempatan (Arab), 6 konsert antarabangsa, 10 pameran antarabangsa, 350 persembahan teater, kejohanan gusti WWE (wrestling), dan pelbagai lagi pertunjukan interaktif

“Slogan kami di Riyadh Musim pertama ialah ‘Imagine’ dan pada musim kedua ini slogan kami ialah ‘Imagine More’ adakah anda percaya sekarang? Tentu anda percaya,” katanya seperti dikatakan oleh Arab News pada Khamis (21/10/2021)

Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Saat kita masih berada dalam bulan kelahiran Rasulullah SAW yang mulia dan baru sahaja mendapat berita bahawa ibadah umrah telah dibuka semula, di sana ada pula pihak yang sengaja mencemarkannya dengan pesta hiburan seluruh dunia Islam. Apatah lagi ia dilakukan di negara yang menjadi pusat umat Islam menunaikan ibadah Haji dan Umrah iaitu Arab Saudi. Allahuakbar.

Ini antara komen warganet di media soisal tiktok

” Ya Allah selamatkan kami semua dari fitnah segala galanya terutama fitnah dajjal aamiin”

” ya Allah selamatkan lah tanah Arab ya allah”

Author:

Leave a Reply