“Ibu Mengandung Percuma.” – Tanam Buah Golden Melon Kawasan Rumah Bersih & Kemas, Lelaki Ini Raih Perhatian

Kata orang, tidak rugi jika berbudi pada tanah. Sekalipun menanam secara kecil-kecilan, lambat laun hasilnya pasti menggembirakan.

Dalam sibuk menjalani rutin harian di pejabat atau sebagai suri rumah sepenuh masa, tak salah jika melakukan aktiviti berkebun. Selain menjadi terapi terbaik untuk mengurangkan tekanan kerja, ada juga boleh menjadi pendapatan sampingan buat keluarga.

Menarik perkongsian Yazid Nazry’s dalam Kumpulan Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang memaparkan hasil tanaman yang dijalankan di halaman rumah.

Kelihatan tanaman Golden Melon di tanam di halaman rumahnya telah meraih perhatian ramai. Bukan sahaja hasil tanaman subur dan berbuah lebat, laman kebunnya kelihatan bersih. Sedap mata memandang.

Bahkan, dia juga berkongsi gambar dengan memegang ‘board’ yang tertulis ‘Ibu Mengandung Percuma’ telah meraih pujian wargamaya. Sikapnya tidak berkira itu membuatkan ada yang menitipkan doa rezeki yang melimpah ruah.

“Berkebun dalam kawasan rumah. Alhamdulillah dengan izin Allah.”

“Golden Melon

Menanam dengan kaedah HDP “High Density Planting

Maksima kan segala ruang untuk hasil yang lebih.”

CARA TANAM

“Tanam jarak yang rapat-rapat dengan menggunakan Polibeg bantal & 100% cocopeat

Kaedah ini dapat menjimatkan ruang & baja AB

Panjang Polibeg bantal 1 meter, 4 lubang & jarak antara lubang 7/9 inci -+

Disebalik rezeki kami, ada rezeki orang lain . Hujung minggu ini kita harvest”

 

WARGAMAYA BERI PUJIAN

Meninjau di ruang komen, rata-rata memberi pujian usaha dan sikap pemurahnya itu. Antara komen adalah seperti berikut

“Terbaik anak muda. Semoga Allah permudahkan urusan & murahkan rezeki.”

“Dalam kawasan rumah je tanam.”

“Baiknya hati nak bagi percuma pada wanita hamil. Moga murah rezeki.”

“Seorang pemurah.”

“Tepi rumahnya pun lebat buah.”

Sumber : Yazid Nazry’s via https://www.keluarga.my/

Author:

Leave a Reply