SEREMBAN – Walaupun mengalami masaIah penglihatan di sebelah mata kanannya sejak berusia tiga tahun, ia tidak menghaIang graduan Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka, Nur Nilam Sari Azimi, 21, untuk menamatkan pengajiannya dalam Sijil Pengembaraan dan Pelancongan.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia mengalami masaIah penglihatan selepas tertu suk senj4ta t4jam ketika kecil dan sejak itu dia tidak melihat menggunakan mata di sebelah kanan.
“Cab4ran saya adalah semasa belajar saya kerap mengalami s4kit kepala apabila melihat komputer riba dalam masa yang agak lama dan terpksa menggunakan cermin mata.
“Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.86 bagi tiga semester. Sepanjang melanjutkan pelajaran pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu saya termasuk membenarkan saya duduk di bahagian depan.
“Saya ketika ini sedang menceburi bidang perniagaan spa bergerak bersama rakan saya sebelum melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam bidang pelancongan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan dan Melaka di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai hari ini.
Dalam pada itu, seramai 825 orang graduan Diploma dan Sijil dari 11 buah Kolej Komuniti Negeri Sembilan dan Melaka telah diraikan dalam majlis berkenaan.
Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Roslee Yahaya berkata, graduan yang dihasilkan Kolej Komuniti berkualiti dan mendapat permintaan tinggi di pasaran berikutan kadar keboleh pasaran graduan sebanyak 94.8 peratus.
“Berdasarkan Laporan Pengesanan Graduan tahun lalu, sebanyak 15.2 peratus graduan Kolej Komuniti telah berjaya menjadi usahawan. Perkembangan positif ini dapat dilihat berdasarkan statistik tahun 2020 iaitu hampir 50,000 usahawan dalam kalangan pelajar telah berjaya dibentuk.
“Daripada jumlah itu, lebih 7,000 graduan masih meneruskan kerjaya sebagai usahawan selepas menamatkan pengajian. Selain itu, Kolej Komuniti komited dalam menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir,” katanya.
Sumber : KOSMO! ONLINE