Sesiapa yang memelihara kucing pasti sudah tahu mereka ini pun banyak ragamnya. Kadangkala, ragam mereka itu ada yang menghiburkan. Tetapi ada juga yang membuatkan kita rasa geram tatkala mereka berbuat sedimikian.
Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok, apabila seorang wanita menunjukkan rakaman ketika dia sedang solat. Namun, dia diganggu oleh kucing peliharaannya itu telah mencuri perhatian ramai.
Tengah khusyuk solat, tiba-tiba je si bulus panjat atas kepala
Menerusi video yang dimuat naik oleh @minnie.britishblue, kelihatan dia menunjukkan rakaman ragam kucingnya ketika dia sedang menunaikan solat.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila kucingnya itu melompat dan memanjat atas kepalanya sambil bermain telekung. Ramai yang terhibur melihat aksi itu, tetapi dia juga menerima kecaman kerana membuat video ketika sedang solat.
lihat:
“Ya Allah, baru je tertanya diri sendiri macam mana dia boleh naik atas tu. Rupanya rilek je dia lompat sambil panjat mama dia” Netizen
Susulan tular video tersebut, kini ia telah meraih sebanyak 1M views, 115.2K likes dan 3,275 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat kucingnya itu. Malah mereka juga berkongsi pengalaman diganggu oleh si bulus ketika sedang solat.
Sumber: says