Saat Mendengar Suara Ibu Yang Pertama Kali, kisah ini sangat Menyentuh Hati

TERSENYUM lebar saat namanya dipanggil ibu, itulah Harrison Rex di dalam video tular semasa usianya enam minggu.Mungkin inilah ungkapan yang sesuai apabila melihat detik seorang bayi yang mengalami masalah pendengaran mendengar suara ibunya buat pertama kali.Ini merupakan sebuah detik yang bermakna.

Dalam video telah dikongsikan, Marie memanggil nama anaknya, selepas sahaja itu kelihatan reaksi Harrison yang tersenyum lebar.

Kata Daily Mail, keluarga kanak-kanak itu mengetahui keadaan bayi berkenaan ketika usianya baru 14 jam selepas kelahiran. Pasangan Eisha-Marie Stone dan suaminya, Chris Rex dari Perth telah bekerja keras untuk mencari rawatan buat bayi berkenaan.

Usaha mereka berhasil apabila kanak-kanak itu menerima alat pendengaran pertamanya pada usia enam minggu.

“Saya gigih mencari bantuan buat Harrison melalui Google dan Facebook sebelum akhirnya berjaya menemui sebuah program untuk belajar mendengar dan bercakap, iaitu Telethon Speech and Hearing. Pada usia empat bulan, kanak-kanak itu mula menjalani terapi dan kini pada usianya dua tahun, Harrison sudah boleh menghasilkan ayat dan bercakap seperti kanak-kanak seusianya, tulis portal itu”.

“Saya tidak sangka reaksi emosi yang cukup besar dari seorang bayi berusia enam minggu setengah,” katanya. Sejujurnya, saya masih dalam penafian mengenai kekurangannya, sehinggalah saat ini. Kebahagiaan hakiki yang lahir dari si kecil ini adalah satu pengalaman menakjubkan,” tambah wanita itu.

Video :

Author:

Leave a Reply